Want your
own Fotopage?






 
Cikgu Faizal's FotoPage
HKSS: Luahan Minda Kritis
By: Cikgu Faizal

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[Archive]
Thursday, 10-Nov-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Sukma Budaya 2005

Bakat-Bakat Baru Dalam Bidang Lakonan Sibuk Menghafal Skrip
Dayana (Watak Ibu) dan Nisa (Buat Julung-Julung Kalinya Bersajak
Warga Kerja Sukma Budaya Tekun Mendengar
Apa Yang Diintaikan Dayana?
Farhan Bak Mumia Dari Mesirlah
Warga Kerja Berbincang Di Luar Sekolah. Semangatlah!
Zinnirah (Ketua Projek) Dihiburkan Oleh 3 Jejaka Tampan
Masih Belum Pulang-Pulang? Sudah Jam Lima Ler...
Eh Atiqa dan Hafiz... Apa Yang Dilakukan Tu...
View all 27 photos...
Suatu projek budaya yang diusahakan oleh pelajar-pelajar kreatif menengah 3 Ekspres dan Normal Akademik khas untuk pelajar-pelajar menengah 1 dan 2.

Suatu usaha yang wajar diberikan pujian kerana diberikan masa yang suntuk untuk perancangan dan dilaksanakan pula pada bulan Ramadhan. Syabas pelajar-pelajarku sekalian!

Tarikh : 27 Oktober 2005
Tempat: Sekolah Menengah Hong Kah

Gambar-gambar berikut disumbangkan oleh Dayana. Terima kasih Dayana!


Salam sejahtera. Sukma budaya telah dijayakan oleh pelajar-pelajar menengah tiga dengan baik sekali. Walaupun mempunyai beberapa masalah seperti perasaan kurang senang di antara satu sama lain semasa menjalankan tugas dan tempoh waktu bagi latihan yang agak singkat untuk berlatih, kami masih dapat meneruskan program ini dengan lancar.

Bagi saya pula, ia adalah suatu pengalaman yang mencabar walaupun saya hanya berperanan sebagai narator di belakang pentas dalam segmen Taridra. Ia kerana saya memerlukan suara yang mantap dan jelas supaya para penonton dapat mendengar dan memahami jalan cerita tersebut. Ia bukan sahaja suatu kejayaan kecil bagi saya malah juga satu percubaan yang berani.

Secara keseluruhan, rakan-rakan saya terutama sekali Siti Zinnirah dan Rosdahliana telah melakukan tugas mereka dengan baik dan sempurna serta mereka banyak bersabar menghadapi segala masalah. Saya pasti para peserta dari menengah dua dapat mempelajari sesuatu melalui bengkel-bengkel yang disediakan dan rasa terhibur dengan lakonan daripada para pelakon Taridra.

Sekian terima kasih.


Mon 28-Nov-2005 02:54
Posted by:Siti Farhana 3N1
Sukma budaya telah berjaya dianjurkan oleh kami, pelajar menengah 3 pada tarikh 27 Oktober 2005. Saya amat berbangga dengan apa yang kami sediakan untuk pelajar menengah 1 dan 2.

Sebelum acara itu dianjurkan, terdapat banyak rintangan yang kami hadapi kerana tidak mempunyai cukup masa. Saya ditugaskan sebagai fasilitator atau pemudah cara bagi bengkel tarian. Saya berasa tertekan semasa mengaturkan acara hari tersebut .

Walau bagaimanapun, keseluruhan acara tersebut amat memuaskan hati saya. Kami semua bekerjasama untuk menjayakan acara Sukma Budaya. Semasa acara tersebut,kami pun sempat menghiburkan hati kami.

Yang membuat saya bangga adalah pada akhir acara tersebut, kami telah mengadakan satu persembahan yang tidak dirancangkan khas untuk menengah 1 & 2 dan semuanya berjalan dengan lancar. Saya berharap bahawa semua pelajar yang menghadiri acara Sukma Budaya tersebut dapat mempelajari sesuatu yang baru dan meraih manfaat daripadanya.

Sekian terima kasih.
Mon 28-Nov-2005 03:07
Posted by:nUrfArAhIn 3A
Tumpang Iklan

Jualan Pembukaan Kedai
jangan Lepaskan peluang untuk mendapatkan harga promosi sehingga 1 Jun 2009

Layari http://sulamqistina.blogspot.com

Mari selagi stok masih ada
Untuk persiapan hari raya
selain kelainan penampilan
Tidak mahu manik....boleh guna sulam..
Sulam di jahit dengan manik pun menarik juga
Harga promosi.... sehingga 1 Jun 2009
Kain Sulam Bukit Tinggi Indonesia
Punya Kelainan dan sulam yang cantik.....
Lihat dulu....kot2 ada yang berkenan....
Thu 14-May-2009 03:50
Posted by:limau merahlimau2@gmail.com
Add comment


Saturday, 29-Oct-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Aktiviti Pembelajaran Menggunakan Blog

Cikgu Faizal memantau pendapat yang diberikan pelajar
Hanisah, Adilah dan Amirah sibuk memberikan pendapat
Pelajar-pelajar memberikan pendapat
Gambar-gambar ini diambil semasa aktiviti pembelajaran menggunakan wadah Blog.

Guru Sandaran Tidak Terlatih perlu pembelaan

Layari http://www.mygstt.com
Tue 8-Jan-2008 13:32
Posted by:myGSTT.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 21-Sep-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rancangan Suria Detik

Detik
Blog: Pemaju Minda atau Perangkap
Cikgu Diwawancara
View all 15 photos...
Gambar-gambar ini telah cikgu petik daripada rancangan televisyen yang disiarkan di Suria pada hari Rabu, 21 Sep 2005.

Care to comment?


[Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.